25 Mac 2017

Selamat Hari Polis Ke-210



Dulu, masa sekolah bila ditanya tentang cita-cita aku bila aku besar nanti, antara yang jadi keutamaan aku adalah polis selepas impian aku nak jadi juruterbang. Aku pun tak tahu kenapa aku teringin nak jadi polis. Mungkin disebabkan Gerak Khas membuatkan aku teringin nak jadi polis. Lagi pun, aku rasa macam 'smart' ja bila tengok orang pakai pakaian uniform ni. Jadi kalau aku pakai, mesti la lagi smart kan...bertambah kehenseman aku.

Semangat aku nak jadi polis sampailah ke sekolah menengah walaupun dah kurang. Aku masuk Kadet Polis selama dua tahun. Merasa la jugak pegang M16 bebetapa kali untuk latihan menembak. Aku ni antara kadet terawal bila Kadet Polis ditubuhkan dekat sekolah aku. Hehehe..

Tapi memandangkan masalah rabun aku makin teruk sejak tingkatan 2, maka aku terpaksa melupakan cita-cita aku nak jadi polis tapi dalam masa yang sama, minat aku dalam bidang wartawan ni mula berputik...cewahhh...bunga-bunga sikit ayat.

Aku masih menghormati semua anggota beruniform, tak kira lah polis, RELA, Askar atau apa-apa yang menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni.

Bersempena dengan Hari Polis 210 hari ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada abang-abang, kakak-kakak polis kita yang bekerja keras dan ikhlas demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni. Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah Taala...
posted from Bloggeroid

20 Mac 2017

Seafood Celup Tepung Sedap Di Kuala Terengganu


Musim cuti sekolah ni, kawasan pantai timur akan menjadi salah satu pilihan untuk ramai orang bercuti termasuklah ke Kuala Terengganu. Kebetulan minggu lepas, aku ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelas aku, jadi kawan aku, Capeq yang kerja dekat sana bawak kami mencuba Warung Pok Nong yang terkenal dengan makanan goreng tepung. Kawan aku yang asal Kuala Terengganu ni pun memang cadangkan untuk ke sini walaupun ada beberapa gerai lain yang turut menawarkan goreng tepung ni.


korang boleh Waze kalau nak ke sini dan memang ramai gila orang beratur. Warung ni dibukak dari jam 3 petang dan masa tu memang dah ramai orang. Tapi jangan risau, korang tak perlu tunggu lama walaupun ramai orang. Cuma kena berebut meja je la...hehehehe...


Ada beberapa pilihan... Contoh yang dibuat goreng tepung ialah sotong (wajib), ikan dan udang. Yang lain aku tak pasti sebab kawan aku yang beratur. Aku cuma 'jaga meja'. 



Jujur aku cakap, memang terasa manisnya isi makanan laut tu. Fresh lagi. Mungkin sebab pemilik terus beli daripada nelayan dan terus masak. Lepas tu cicah dengan sos sambil ditiup angin laut... perghhh... heaven...

Dari segi harga, aku dimaklumkan (sebab kawan aku yang bayarkan, semuanya RM90++ termasuk air. Sotong mengikut saiz (5 ekor), udang lapan ekor (RM5 untuk 4 ekor kalau tak silap) dan ikan RM5 seekor.
Bagi aku murah la berbanding kalau korang makan dekat gerai biasa.


Jadi kalau korang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Warung Pok Nong di Jalan Pantai, Kampung Teliput. Confirm tak rugi terutamanya bagi yang suka makanan laut.

Owh...lupa...sebelah warung Pok Nong tu ada jual sata...boleh tahan la rasa dia...

18 Mac 2017

Selamat Pengantin Baru Eha - Syawal



Tujuan aku datang ke Terengganu selama sehari semalam adalah semata-mata untuk meraikan majlis persandingan kawan baik aku dari UiTM Shah Alam sampailah habis kami belajar, Eha. Dia ni classmate aku sepanjang aku tiga tahun di Shah Alam.

Minah clumsy ni akhirnya berjaya menemui jodohnya diwaktu usia 26 tahun dengan suaminya dari Sarawak. Aku tak tahu macam mana dorang bercinta, tiba-tiba dah bertunang bulan 12 hari tu dan bernikah. 

Pandai betul simpan rahsia siapa bakal suami dia waktu tu... Puas dah aku korek sana korek sini, tak dapat jugak. Nama pun tahu masa dia jemput panggil kenduri dekat dalam group kelas. Cumanya, masa dia bertunang dan tarikh bernikah tu, aku sorang je tahu awal berbanding kawan-kawan yang lain, hehehehe...





Dan masa hari perkahwinan dia, aku dan kawan-kawan yang kenal dia termasuk Shofi sebagai wakil kelas, kami diminta untuk menjadi dulang boy memandangkan hanya keluarga Syawal ja yang datang ke Terengganu. Tak apa la...tolong kawan-kawan. Bukan orang lain.

Aku doakan semoga pernikahan dorang kekal bahagia hingga ke Jannah. Semoga ikatan yang terbina akan melahirkan umat Muhammad yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb...


posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...