29 Jun 2017

Kesedaran Sivik Rakyat Malaysia Masih Kurang

Percaya atau tidak, kesedaran sivik rakyat Malaysia masih lagi kurang terutamanya bila melibatkan kebersihan. Memang tak dapat dinafikan sekali tentang perkara ni. Bab kebersihan, orang kita masih ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. 

Sebagai contoh, dekat Facebook Ben Ashaari, aku ada tengok beberapa keping gambar tepi lebuhraya yang dipenuhi dengan sampah sarap. Katanya longgokan sampah sarap ni berlaku di tepi lebuhraya yang menghala ke pantai timur dan kejadian ni berlaku masa dua hari terakhir puasa. Memang kalau dilihat dari gambar, banyak gila sampah yang dibuang. Mungkin pengguna jalan raya ni terpaksa berbuka puasa ditepi jalan disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sangat. Itu tak apalah sebab dah memang terdesak kan nak balik ke kampung.


Tapi masalahnya, kenapa sampah-sampah tu dibuang macam tu je tepi jalan? Langsung tak dijaga kebersihan jalanraya. Kenapa tak kumpul balik sampah-sampah tu semua dan simpan dalam kereta sampai la jumpa tong sampah. Bukannya banyak mana pun sampah tu. Maksud aku, kumpulkan sampah-sampah sendiri. Bukannya sampah orang lain. Tapi kalau korang rajin nak kumpulkan sampah orang lain, tak ada masalah, lagi bagus,

Tak susah pun korang nak ambil simpan sampah-sampah korang tu. Bukannya sampah busuk yang dah berhari-hari terbiar. Tapi sampah yang 'fresh' lagi. Yang masih tak berbau. Korang bungkus dua tiga kali dah tak berbau pun. Tapi sayang, disebabkan kesedaran sivik yang rendah, terus je dibiarkan sampah tu kat tepi-tepi jalan. Bila ditegur secara kasar, marah...bila tegur cara lembut, dibuat tak endah.. adoi la manusia.

Nasib la ada pihak yang sanggup bersihkan sisa-sisa sampah pengguna jalan raya yang masih kurang kesedaran sivik ni. Masih ada pihak yang ada rasa tanggungjawab untuk cuci sampah sarap ni. Kalau tak ada, pemandangan lebuhraya ni akan kekal macam ni. Dan bila sampah makin banyak, mula la ada pihak yang menuding jari ke pihak berkuasa tempatan yang tak buat kerja la dan sebagainya, sedangkan, puncanya adalah dari diri kita sendiri.


Masa aku balik kampung hari tu pun, jalan sesak jugak di dua tiga tempat. Dan aku jugak berbuka puasa dalam kereta tanpa berhenti kat mana-mana hentian atau tepi jalan sebab nak cepat sampai. Jadi secara tak langsung, sampah tu ada ja kat dalam kereta aku. Cuma bila dah jumpa tempat buang sampah, baru la aku buang sampah-sampah tu semua. Tak susah pun, semuanya atas kehendak diri masing-masing.

Lagi satu, sikap orang kita, bila buang sampah, dalam otak dah fikir dah yang akan ada pekerja yang akan kutip sampah-sampah tu semua. Jadi secara tak langsung, perbuatan buang sampah merata ni terus berlaku dalam kalangan masyarakat. Aku pun kadang-kala ada jugak sampah kecil ni dekat dalam kereta dan dekat dalam beg, tapi tak ada la nak buang merata, aku akan simpan sampai la jumpa tempat buang sampah. Untuk sampah yang besar-besar macam bekas makanan ke apa, aku akan simpan atau cari tempat buang sampah. Atau paling tidak pun, aku akan kumpulkan jadi satu longgokan besar. Jadi, pekerja ni cuma kutip di satu kawasan ja.

Jadi macam mana nak sedarkan mereka-mereka yang masih kurang kesedaran sivik ni?

28 Jun 2017

Cerita Di Sebalik Aidilfitri 2017

Assalamualaikum... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang sudi membaca blog picisan aku ni. Heheheh... tahun ni dah masuk tahun ketiga aku memberi duit raya kepada mak abah dan anak-anak buah aku..  dan untuk tahun ni jugak, aku cuma balik satu kampung ja, tak ada kampung mertua lagi. Eihh...hahahah..insya Allah tahun depan kot.. kalau bukan tahun depan mungkin tahun depan sekali lagi, atau lagi sekali punya tahun depan..hahahaha...



Aku masih beraya sendirian tahun ni. Eihh...masih beraya dengan keluarga. Calon isteri pun tak ada lagi, so beraya sebagai orang bujang puas-puas dulu. Nanti dah kahwin, kena bergaduh pulak dengan biji nak balik beraya kampung mana kan...

Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi, masih dalam mood raya, so nak menulis pun bengong-bengong lagi. Tak ada story-line. Hahahaha...main hentam je ni tulis.


Ok tahun ni jugak, aku pulang beraya dengan kereta sendiri, hehehehe.. kereta raya la kiranya. Ngam keluar tiga hari sebelum raya. Itu pun jenuh aku push salesperson tu ejas kan jugak kereta aku sebelum raya. Kereta apa? Alaaa..kereta biasa ja pun.. masih kereta bertayar empat. Itu je la kot cerita aku... cerita raya yang lain, ermmm...macam biasa la, ziarah semua sedara-mara kat kampung, makan ketupat rendang semua, ushar anak dara orang, eihh...itu sikit je aku usharrr...hahahahaha....


Ok la...tak terlambat lagi sebenarnya aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan di Facebook, Twitter, Instagram dan pembaca blog aku , kepada rakan-rakan sekolah, Universiti dan lain-lain lagi andai ada tersilap tuturkata, terkasar tingkah laku dan sebagainya.

23 Jun 2017

'Saiz Kau Tak Ada Kat Sini'



Baru ni aku ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR untuk cari baju raya. Sebenarnya aku dah beli sepasang, tapi seluarnya sendat, hahaha..aku tak cuba pakai seluar tu masa beli..hehehe..jadi terpaksa beli sepasang lagi. Yang aku beli awal tu, pakai baju je la nanti.

Bila aku ke Jalan TAR, aku tak masuk ke mall area situ sebab harga yang aku rasa mungkin mahal, aku nak cuba beli dari penjual-penjual yang kat luar tu. Mana la tahu ada yang murah kan. Lagi pun, selalunya yang penjual kecil-kecilan ni lagi banyak design yang cantik-cantik.

Tapi sayangnya... Setiap khemah jualan yang aku masuk untuk usha-usha, penjualnya tak berapa melayan aku dan kadang ignore terus aku ni walaupun kedai tu tak ada orang masuk. Mungkin sebab tengok aku ni 'sihat' jadi malas nak melayan. Bagi aku, kalau tak ada saiz aku pun, layan je la kan. Dan kalau aku tanya ada saiz ke tak, buat-buatlah cari, lepas tu cakap tak ada. Senang kan? Terasa macam aku ni di diskriminasi pulak oleh penjual. Hahahaha. Yang kurus dan hensem, elok pulak dorang layan. Adoiyaiii...ke sebab dorang tengok aku macam tak ada duit? Ke sebab aku pergi sorang?

Penjual tu memang la tak cakap depan-depan tapi dari gaya mereka, macam aku dapat simpulkan 'buat apa kau masuk sini, saiz kau tak ada kat sini'... hahahaha...aku je la yang rasa macam tu... jadi bila jadi macam ni, aku akan selerakkan pakaian. Contohnya, baju Melayu aku letak kat bahagian jubah dan sebaliknya. Lepas tu aku akan melangkah keluar dengan lagaknya...hahaha...

Yang melayan aku cuma kedai yang tak menjual pakaian. Contohnya macam yang jual sampin dan songkok. Itu elok je layan. Tapi tak semua penjual macam tu. Mungkin kedai yang aku pergi tu penjual dia penat. Ya la..buka dari pagi sampai tengah malam. Memang la penat. Atau mungkin jugak dorang nak bagi peluang kepada pelanggan untuk mencari sendiri baju yang pelanggan tu nak. Tak payah nak ikut belakang yang akan buatkan pelanggan tu rimas. Hahaha...

Tapi akhirnya dapat jugak aku satu set baju Melayu. Dan seluarnya tak sendat...ngam elok pakai... Hehehehee...

21 Jun 2017

Aku Alami Insomnia?

Google
Korang pernah rasa tak yang korang susah nak tidur malam walaupun mental dan fizikal korang letih gila? Aku tengah alaminya sekarang. Bukan semalam dua ni, tapi dah tiga empat hari. Nak kata banyak fikir, aku macam biasa, sebelum tidur, memang suka berangan benda yang merapu sampai la aku tertidur.

Takpun, aku layan mata aku sampai penat sampai la tertidur. Tapi aku dah buat benda yang selalu aku buat, tak jugak boleh tidur. Macam-macam gaya dah aku buat, pusing sana, pusing sini. Tetap jugak mata aku ni segar ja. Macam baru lepas mandi. Adoyai...

Malam tadi lagi best, lepas berbuka dekat luar dengan kawan-kawan akum balik tu kononnya nak mandi terus tidur la. Rupanya tak jugak, puas aku pusing ke sana sini. Tak boleh jugak tidur. Kalau masa tengah mamai nak tertidur tu, tiba-tiba boleh tersedar and terus cerah bijik mata. Kau rasa?? Selalunya dalam pukul 1 atau dua pagi aku dah tertidur dah, tapi malam tadi, sampai pukul 3.30 pagi mata aku dok celik lagi. Akhirnya, aku keluar pergi kedai mamak sorang-sorang. Sahur terus. Hahahaha... balik tu entah la macam mana aku boleh tertidur.

Orang cakap kalau tak boleh tidur ni, sebab banyak fikir. Tapi aku tak tahu la aku fikir apa. Aku berangan macam biasa je. Tak ada la nak fikir apa pun. Kalau dulu ye la, memang ada aku fikir satu dua benda sampai aku jadi letih gila. Tapi sekarang ni, takde pun aku fikir. Adeihhh... tension aku macam ni. Tapi terfikir pulak aku, adakah aku alami insomnia sekarang ni?

19 Jun 2017

Hampir Kehilangan Motor

Tadi aku ke Seri Pacific Hotel untuk satu majlis berbuka puasa. Untuk bulan puasa ni, aku lebih suka berbuka dekat luar sebab kalau bukak puasa kat rumah sewa pun, selalunya sorang je. Bila kat luar, ada la jugak member-member.

Aku ke Seri Pacific dalam pukul 6 dan 20 minit lepas tu, aku dah sampai dekat depan hotel. Disebabkan aku segan nak masuk sorang, aku pun tunggu la dua orang lagi kawan blogger aku dekat bus stop depan hotel tu. Alaaa, yang dekat eskalator nak naik ke Putra Mall dan ke LRT tu. Motor pun aku tinggal dekat situ.

Nak dijadikan cerita, masa aku nak masuk ke lobi hotel jumpa kawan aku, baru aku perasan yang poket aku ringan. Tak ada bunyi 'cing-cing' kunci motor dan kunci rumah aku. Kelam kabut aku cari dalam beg. Tak ada jugak. Ah sudahhhh... Aku dapat rasakan muka aku pucat dah. Iya la, motor cabuk tu je harta yang aku ada buat masa sekarang ni.

Jadi dengan lemak-lemak yang ada dekat badan aku ni, aku berlari-lari gajah ke motor dengan harapan motor aku masih ada kat situ. Tak jauh pun aku berlari, dalam 50 meter. Bila aku sampai, tarik nafas lega aku. Motor aku masih ada kat situ, tapi kunci tak ada dekat tempat sepatutnya dan box motor aku. Sebelah motor aku tu ada laki bini (rasanya) dok tengok aku gelabah cari kunci motor. Terus akak tu tanya cari apa.

Bila aku cakap aku cari kunci motor. Akak tu tunjuk satu bungkusan kat handle motor. Yang si laki tu pun senyum je. Dia pesan jaga elok-elok. Pastu dia cakap nasib baik abang tak bawak balik motor kamu.. Fuhh lega...So dapatlah balik kunci motor aku beserta motornya sekali dengan nota pesanan...



Alhamdulillah. Semoga akak dan abang tu sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan mereka. Terima kasih ye kak, abang....

18 Jun 2017

Kelapa Parut Dan Biskut Kering

Facebook

Tengah syok aku scroll Facebook, terjumpa satu gambar yang kawan aku kongsikan dari page Facebook apa ntah. Aku tak ingat. Ada sekeping gambar yang mengingatkan aku kat kampung. Biskut kering digaul dengan kelapa parut. Nyummy...

Sambil taip ni pun, aku dah terbayang kesedapnya tu. Dengan crunchy-crunchy biskut kering lepas tu rasa kelapa parut yang manis masin berlemak...peerghhh...sedap gila... Ada pulak kopi oo... Feel dia sama macam makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut. Fuhh heaven betul...

Lepas tengok gambar ni, aku teringat la makanan yang selalu dicari bila petang-petang. Kalau mak aku tak buat, mesti pergi beli. Minum petang kat kampung ni bukannya benda wajib, cuma bila teringin ja baru buat. Hahaha... Contohnya keledek goreng, cempedak goreng, biskut lutut,. Hahaha..semuanya yang mudah-mudah...

16 Jun 2017

Nasi Mamak Sedap Di Damansara


Adoiii...susah betul jadi aku ni yang suka makanan kampung dan mamak. Nak mencari makanan kampung dan mamak yang sedap dekst area Damansara ni cukup susah. Kalau makanan kampung aku boleh terima lagi la sebab kedai-kedai kat kawasan tempat kerja aku masih ada jual nasi campur ala kampung. Tapi kalau nasi mamak, tepuk dahi aku. Satu pun tak menepati citarasa aku.

Dekat kawasan tempat kerja aku, ada tiga kedai mamak dan boleh tahan jugak la pelanggan yang datang. Tapi bila aku cuba, aduhhh...tak menepati citarasa aku. Kari cair, kari tak sedap, ayam goreng tak menarik, lauk-lauk mamak pun kurang menyelerakan walaupun aku tengok masa tengah lapar. 

Nasib la ada satu yang boleh tahan la rasanya walaupun tak sesedap yang aku selalu makan dekat Ipoh ni. So, kalau aku teringin sangat makan nasi mamak, itu la pilihan kedai mamak yang aku selalu pergi. Hahahaha... nak buat macam mana kan? Orang utara ni memang tak boleh lari dari nasi mamak. Hahaha...

13 Jun 2017

Buka Puasa Dengan Air Bergas

Selain berbuka puasa dengan menu apa setiap hari, yang jadi dilema adalah nak minum air apa. Cukup keliru aku tambah lagi kalau ke bazar Ramadhan. Masa tu bila tengok air, semuanya sedap kecuali air yang ada 'elemen' cincau. Hahaha.. Aku cukup tak suka cincau kecuali dalam ABC.

Selalunya untuk berbuka, aku akan cari air yang masam-masam atau air buah. Kalau air masam, aku lebih sukakan air limau asam boi, air asam masin atau kordial oren. Baru puas berbuka. Tapi, 'kepuasan' tu tak lama sebab lepas tu aku akan cari air berkarbonat atau mudahnya, air bergas. Baru puas dan penutup dengan air kosong.
Mr Google
Sebab tu setiap kali aku balik dari bazar, aku akan ke kedai runcit untuk cari air bergas. Tak kira la air apa pun, janji bergas. Selalunya vanilla coke la jadi pilihan aku, atau pun Mirinda Strawberry. 1

Aku tahu habit ni tak baik sebab kandungan gula dalam air bergas ni tinggi, tapi cuma bulan puasa je la yang aku rajin minum air bergas pun. Kalau bukan bulan puasa, aku tak mandang sangat pun kecuali kalau ke restoran makanan segera atau betul-betul teringin. Ada yang ikut perangai macam aku tak? Hehehe...

12 Jun 2017

Dah Hilang Mengidam


Akhirnya setelah dekat tiga bulan aku menahan rasa mengidam dalam hati, malam ni baru dapat aku puaskan 'nafsu' aku dekat Ipoh. Lama ooo rasanya menunggu nak dapat makanan ni. Dekat kawasan aku kerja sekarang memang tak ada yang sesedap nasi vanggey Greentown, Ipoh ni. Dia punya kari...pergghhh padu baq hang... tak ada mamak yang dapat lawan ke'padu'an kari dekat Vanggey ni.

Ini pun secara kebetulan aku bawa mak abah berbuka puasa dekat rumah abang aku dekat Ipoh ni, malam tu aku lepak dengan kawan-kawan aku dekat Vanggey. Perghhh... rindu gila dekat mamak ni. Iya la...masa aku duduk dekat Ipoh dua tahun lebih, boleh kata setiap minggu mesti sekali aku pekena nasi Vanggey ni. Kalau tak kena, rasa macam tak lengkap pulak minggu tu. Hahahaha...

Dan mungkin kebetulan rezeki aku malam ni, aku dapat dua ketul ayam goreng vanggey yang sedap tu, tapi harga sama, hehehehe... aku tak mintak pun, tengok-tengok dapat dua ketul, kira rezeki la kan... mungkin mamak tu tahu kot aku dah lama tak pekena nasi dia...hahaha... Alhamdulillah....

07 Jun 2017

Jangan Samakan Dengan Yang Lain



Jalan hidup setiap insan tu dah ditentukan oleh Sang Pencipta. Setiap orang punyai jalannya yang tersendiri sebelum dapat mencapai apa yang diinginkan dalam hidup. Ada yang terpaksa menempuh jalan yang berliku, tapi ada juga yang begitu mudah peroleh apa yang diinginkannya.

Sebab tu, jangan bandingkan kejayaan kau dengan kegagalan orang lain. Mungkin bagi kau, ianya diharapkan sebagai pembakar semangat, tetapi bagi orang lain, ia mungkin pematah semangat untuk mereka. Tak semua mempunyak pemikiran yang sama macam apa kita miliki.

Percayalah... Kejayaan tu pasti kau akan dapat kecapi. Cepat atau lambat, yang penting kau perlu berusaha. Bukan sekadar duduk menunggu. Berusahalah...

05 Jun 2017

Baju Melayu Atau Kurta?

Pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu dah puasa. Tak lama lagi dah nak raya dah. Bagi orang perempuan, masa ni la sibuk nak cari tudung raya untuk disesuaikan dengan baju raya yang berpasang-pasang. Yang lelaki pulak, tak berapa nak ambil tahu pasal raya. Iyalah, yang dah berkahwin, semuanya isteri yang uruskan, cuma nak kena tentukan ja nak balik kampung mana. Yang bujang pulak, baju raya je la difikirkan. Itu pun tak fikir sangat. Kadang ada yang pakai baju tahun-tahun lepas je. 

Macam aku, pernah sekali atau dua kali je aku tak beli baju raya. Sebab malas nak fikir. Tapi tahun ni, tetiba pulak teringin nak beli baju raya, cuma tak tahu bila nak membelinya. Malas sebenarnya nak pergi beli. Tambah lagi, bujang kan, so tak kisah sangat.

Tahun ni aku ingat memang nak beli baju raya. Cuma tak tahu la nak beli kurta atau baju Melayu. Pada mulanya ingat nak beli jubah memandangkan aku dah lama tak berjubah, tapi fikir-fikir balik. Jubah cuma nak pakai masa raya je. Kalau baju Melayu atau kurta, boleh pakai masa hari Jumaat, maksud aku hari bekerja. 


Bila aku tanya di Facebook, ramai yang cadangkan untuk berbaju Melayu. Baru nampak hensemnya. Tapi kan, jenis lelaki hensem macam aku ni, pakai baju apa pun nampak hensem. Susah kan bila jadi laki hensem ni. Hahahahaha. Tapi aku ingat macam nak berkurta saja kot. Memandangkan aku cuma ada sehelai ja baju kurta, itu pun dah tiga empat tahun aku beli. Jadi tahun ni boleh la beli kurta sebagai baju raya. Sehelai cukup la. Buat apa banyak-banyak kan? Tapi warna apa ye?

Tapi dalam banyak-banyak cadangan, ada satu cadangan yang menarik perhatian aku. Jadi aku cuba nak bayangkan yang aku berbaju kebaya??

03 Jun 2017

Berniaga Biarlah Betul Caranya

Gambar Google
Bila masuk bulan puasa ni, bermacam benda yang kita jumpa di media sosial tentang juadah yang dibeli di bazar Ramadhan. Ada yang bagus, ada yang tak bagus. Betul tak? Tapi,, tak kira la yang bagus atau tak, kedua-duanya akan tetap viral di media sosial dan mula la orang lain post gambar atau ceritakan pengalaman sendiri.

Bermula dengan karipap berintikan angin, sampailah murtabak ayam yang berisi bawang. Hahahaha... aku sendiri pun dah alaminya, dan aku rasa bukan aku sorang ja, tapi ramai lagi yang terkena dengan perkara macam ni. 

Contohnya, baru-baru ni aku ke bazar Ramadhan selepas seminggu berpuasa, aku teringin nak makan samosa ayam dan daging dengan roti john. Bila tengok samosa tu, tebal je isinya. Dalam hati mesti aku terfikir mesti ada isi ayam atau daging yang terasa. Maksud aku dalam ketulan kecil. Tapi bila waktu berbuka, hanya jumpa bawang ja. Isi ayam atau daging, yaaa hadooo. Memang tak ada lngsung. Empat biji aku beli, semuanya penuh bawang. Sama jugak dengan roti john daging yang aku beli. Hanya satu gigitan ja yang aku terasa dagingnya, itu pun, kecik yang amat. Ibarat macam dorang blendkan isi ayam dan daging tu. Hehehehe.

Aku tak nafikan kos barang mentah sekarang ni mahal. Tapi bagi aku, aku tak kisah untuk bayar lebih sikit untuk makanan yang betul-betul dijual. Maksud aku, kalau samosa daging, biarlah ada dagingnya. Bukan sekadar nama. Dalam masa yang sama jugak, aku tahu, kalau peniaga banyakkan bahan-bahan mentah lain macam ayam dan daging, dorang akan tanggung sikit kos dengan menaikkan harga jualan, tapi bagi aku, biarlah betul caranya. Bukan sekadar nama, tapi, makanan yang dijual tak sama dengan nama. Harap korang faham la kan apa yang aku cakap ni. Hehehehe

Kalau bab jumpa benda-benda aneh dalam makanan ni, aku tak nak cakap apa la. Sebab benda tu diluar kawalan. Contohnya kalau jumpa paku, serangga atau apa sekali pun la, itu selalunya tak sengaja. Macam mustahillah kan peniaga nak letak paku, serangga dalam makanan dorang. Cuma sebelum nak makan tu, kita kena berhati-hatilah sikit.

02 Jun 2017

Rambang Mata Di D'Kayangan Steamboat


Kadang-kadang bila bulan puasa ni, mesti ada masanya kita dah bosan makan dekat rumah kan? Yang suami kalau ke bazar Ramadhan, tak tahu nak beli lauk apa dah. Si isteri pulak, bila suami beli barang basah, mesti sampai tak tahu nak masak apa. Jadi, apa kata kalau sesekali korang berbuka puasa dengan steamboat dan grill di D'Kayangan Steamboat and BBQ Buffet di Seksyen 13, Shah Alam.





Aku pasti, bila korang datang berifthor dekat sini, mesti korang jadi rambang mata. Macam aku pergi baru-baru ni buat pertama kalinya, memang jadi rambang mata. Aku rasa ada lebih 40 pilihan untuk steamboat dan grill. Sama ada ayam, daging, sayuran, mee segera, makanan laut, makanan segera macam fishball dan sausage, semua la... terlalu banyak pilihan sampai rambang mata.


Walaupun aku ni bukannya selalu steamboat-steamboat ni, tetapi bila sesekali merasa, memang heaven la. Kuah tomyam dia memang menepati selera. Untuk budak-budak pun ok sebab tak terlalu pedas. Kalau yang jenis makan pedas tu, korang jangan risau, ada je sambal-sambal pedas untuk korang ambil tu. Ada beberapa pilihan sos macam sos cili pedas, sos cili Thai, sos manis, sos lada hitam dan beberapa sos lagi. 





Selain steamboat yang boleh buatkan korang jadi 'gila' kejap, ada juga pilihan lain macam kuey teow goreng, nasi beriyani, nasi putih, roti john kuih-muih dan yang penting, kambing bakar. Dan yang pasti, dah tentunya sedap. Insya Allah menepati citarasa korang. Jadi, tak ada la korang cuma nak makan steamboat and grill saja kan. Ada la jugak pilihan lain untuk korang.


Suasana tempat ni bagi aku cukup selesa. Korang boleh pilih untuk duduk di dalam atau pun kat luar. Selain dari tu, parking pun senang jugak. Depan kedai pun insyaAllah boleh dapat parking. So, senang je. Jadi apa lagi, aku pun ingat nak repeat sekali lagi beriftar dekat sini...heheheheh....

Restoran :  D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet,  Seksyen 13 Shah Alam (Waze ke Sri Acapella Apartment)
Harga : RM44.90 (Dewasa), RM22.90 (Kanak-kanak), RM35.00 (warga emas/OKU) 
Tarikh : 27 Mei - 23 June 2017
Telefon : 012 - 297 7091 / 017 - 627 4015 / 03-5523 4979

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...