24 Julai 2017

Tak Pernah Pakai Baju Putih

Kalau korang perasan, kebanyakkan gambar-gambar yang aku upload di Instagram dan Facebook, boleh kata semuanya berwarna gelap ataupun hitam. Memang jarang la aku upload gambar aku pakai baju berwarna putih atau warna terang ni. Sebabnya, aku suka dengan warna-warna gelap tak kira la warna apa sekalipun asalkan warna tu tak terang.


Tapi baru ni, untuk mengikut tema birthday party, aku terpaksa la beli sehelai baju putih yang aku rasa aku tak pernah beli, kecuali masa sekolah dulu la. Memang aku tak berapa selesa la sebab aku rasa warna tu buatkan aku confident level aku down sikit. Hahaha... aku rasa lemak-lemak aku tak dapat disembunyikan lagi...

Mungkin dalam otak aku dah terpasak dah, warna gelap dapat sembunyikan lemak-lemak aku...hahahah... so bila pakai baju warna terang ni, aku rasa lemak-lemak aku semua tak dapat disembunyikan lagi...tapi itu semua pemikiran aku la.. sebab ada jugak member aku yang berbadan besar, ok ja pakai baiu warna terang. Aku ja yang tak boleh sangat dengan warna-warna terang ni...hehehehe...

19 Julai 2017

Aku Tak Pandai Untuk Mulakan

Adeihhh...aku rasa ramai yang baru kenal aku tegur yang aku ni berbeza dari waktu dorang mula-mula jumpa aku. Hehehe... Katanya, waktu mula-mula jumpa aku, nampak aku ni macam pemalu dan berat mulut. Tapi bila dah lama kenal, dorang cakap aku ni jenis tak pandai untuk berhenti bercakap. Hahahaha...

Untuk yang baru jumpa sekali dua, mungkin nampak macam aku ni sombong atau jenis pendiam, tapi bagi yang dah lama kenal aku, aku rasa kalau dorang ada stapler, rasanya mahu distaplernya mulut aku sebab aku cakal tak berhenti dari awal jumpa sampai la waktu balik. Hehehe...


Macam aku buat Grab, ada la tiga empat orang customer yang tegur sebab aku ni lain dari pemandu yang lain sebab aku ni pendiam sangat. Kalau pemandu lain, dorang banyak bercakap. Hehehe...bagi yang mula-mula kenal aku, korang yang kena banyak bercakap atau bertanya dekat aku, sebab aku ni tak pandai untuk mulakan. Jadi nak dapatkan keselesaan tu lambat sikit.

Lagipun, kalau masa buat grab, aku nak berikan penumpang tu lebih privasi. Kalau dia nak menyembang, dia kena mulakan. Sebab ada yang aku mulakan, dorang acuh tak acuh je layan. So aku malas..hahahha... Sebab tu aku lebih suka orang tegur aku dulu. Bukannya aku sombong ya, tapi sebab aku tak tahu untuk mulakan....hehehe...

17 Julai 2017

Baru Tahu Penat Pemandu Teksi Macam Mana



Hari kedua dan ketiga buat Grab, baru aku tahu macam mana rasa penatnya jadi pemandu teksi. Penat weh walaupun hanya duduk dan bawak kereta ja. Mungkin orang tengok macam senang, tapi lenguh badan tu tak tahu nak cakap macam mana.

Dulu aku rasa, jadi pemandu teksi la paling senang. Cuma duduk, tunggu penumpang, bawak kereta dan ambil tambang. Tapi bila aku sendiri yang buat, aku rasa andaian aku tu silap. Dengan bermacam perangai yang aku jumpa, pelbagai kerenah yang terpaksa dilayan atau didengar.

Kalau dapat penumpang yang ramah, seronok la jugak, tak bosan sebab boleh menyembang. Tapi kalau dapat yang jenis diam, mati kutu weh... Hahahaha...nasib la trip yang aku dapat semuanya yang dekat-dekat, paling lama pun setengah jam. Kalau lama lagi, mati kutu aku.

Nasihat aku, jangan la pandang rendah pada pekerjaan orang lain. Mungkin nampak macam mudah, tapi hanya orang yang alaminya je la yang tahu macam mana rasanya.

15 Julai 2017

Guna STEEVYA Pemanis Sebagai Pengganti Gula

STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.   

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat.   

Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular. Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].   

 Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.  

KEBAIKAN STEEVYA

Produk STEEVYA ini tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain. Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57). Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.   

Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis. STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka.   

Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.
KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?

Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml. Kebiasaannya hanya dijual dalam kemasan 10 atau 15ml sahaja. Maka, STEEVYA merupakan produk stevia pertama dijual dengan kemasan 50ml dan dijual pada harga yang amat berpatutan.   

 Seperti yang kita sedia maklum, produk yang menggunakan ekstrak stevia asli amat mahal dijual di pasaran.Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.   

 Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.   Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia. Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.   

 Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA! Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA?

Layari laman web: www.steevya.net 
Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com   

TESTIMONI STEEVYA

12 Julai 2017

Hari Pertama Buat GrabCar



Semalam hari pertama aku buat Grabcar lepas dekat tiga minggu kereta aku keluar kedai. Alhamdulillah adalah rezeki lebih sikit kan. Jadi lepas raya hari tu, aku daftar Grabcar dan semalam baru aku rasa nak buat. Itu pun takut-takut jugak, tambah lagi bila baca macam-macam berita tentang pemandu Grab dan Uber dekat Facebook. Memang takut la jugak. Tapi aku beranikan diri sebab bagi aku, buat kerja apa sekalipun tetap ada risiko, sama ada berani atau tak je la kan.

So, bila aku mulakan Grab semalam, penumpang pertama aku adalah seorang lelaki Jepun yang request dari Mutiara Damansara ke PWTC. Adeihhhh...mulanya aku ingat dapat yang dekat-dekat, rupanya ke tengah KL. Aku pun tak tengok sangat destination penumpang. Ye la, semangat kan...hahaha...

So bila aku dah pergi ambil, penumpang tu duduk belakang.. Dalam hati aku dah fikir, ' eihh, ko ingat ko bos nak duduk belakang'...hahaha.. kemudian baru aku teringat, aku pun kadang-kadang duduk belakang jugak kalau naik Grab, Uber atau teksi. So tak ada masalah la...

Disebabkan aku tak tahu sangat jalan-jalan kat tengah KL ni. Jadi aku ikut Waze je la. Disebabkan Waze lambat bagi arahan, aku terleps simpang dua tiga kali. Penumpang tu pun dah mengeluh dah. Mungkin dia ada date kot kat KLCC...hahaha... Masa tu aku cakap la yang semalam adalah hari pertama aku drive Grabcar dan aku tak tahu sangat jalan-jalan kat KL. Nasib la dia macam faham je situasi aku. Best part is, dia pulak tunjukkan aku jalan nak ke KLCC.. Hahahaha... Nasib baik la...haahaaha

Kemudian, lepas aku 'drop-off' penumpang, terus aku offline. Sebabnya, baki kredit aku tak cukup. Hehehe...Itu je la.

Kenapa aku buat Grab walaupun aku dah ada kerja tetap? Sebab nak isi masa lapang je. Lagi pun, cuti hujung minggu dan setiap malam, aku tak ada aktiviti. Nak tengok TV, rumah sewa tak ada TV. Hahaha...jadi, kau rasa apa yang patut aku buat?

08 Julai 2017

Kelainan Di NY Steak Shack



Aku ni bukannya penggemar makanan barat sangat. Cuma bila betul-betul teringin, baru aku akan cari makanan ala barat. Selalunya makanan ala barat yang aku cari cuma Chicken Chop, Steak, Spagheeti atau pasta dan jugak Fish and Chips. Itu ja la menu favorite aku.

Baru ni, aku ke NY Steak Shack di Sunway Velocity di Jalan Peel. Sebuah shopping mall baru aku rasa sebab aku tak pernah dengar nama mall ni. Hehehe.. Lagipun, masa aku sampai dekat mall ni, orang pun tak ramai walaupun dah lepas waktu kerja.

Apa yang menarik dekat NY Steak Shack ni, menu makanan barat yang dijual dekat restoran ni di fusion kan dengan makanan Korea. Jadi, aku dapat rasa makanan dua dalam satu. Makanan barat dan juga Korea dalam satu hidangan. Jadi, nama menu-menu yang diperkenalkan ni NY Steak Shack Daebak Meals. Nampak tak, dekat nama menu-menu pun dah campur western dan Korea.

Jadi, satu persatu menu yang dipromosikan dibawa keluar satu persatu. Banyak jenis makanan sebenarnya yang dibawak keluar untuk aku rasa, jadi rambang mata nak cuba mana satu. Disebabkan nak rasa semua, jadi aku ambil makanan tu serba sikit. Kalau tak, macam mana aku nak bagi komen kan? Meh aku cerita satu persatu menu yang diperkenalkan.



Menu pertama ialah K-Runch Wing yang mana ayam ni korang boleh pilih sama asa nak yang berperisa bulgogi, kimchi ataupun campur. Nyum-nyum.. Dah jadi satu makanan kegemaran aku kalau aku ke sini. Ayam yang kuning-kuning tu rasanya lebih kurang macam rasa ayam yang disalut lemon dan madu. Ada rasa masam manis. Yang sebelah tu pulak ada rasa pedas-pedas sikit. Jadi, ada kombinasi yang baik dalam satu pinggan. Lala tu pulak , rasa masam pedas.



Ni pun jadi favorite aku, Sizzling Bulgogi Ribeye Steak. Daging steak tu memang lembut gila dan kalau makan masa panas, memang umphh la. Dihidangkan dengan nasi, sos bulgogi dan kimchi. Walaupun aku rasa bukan 100 peratus kimchi original (plus aku pun tak pernah makan kimchi original, cuma dari cerita orang ja) macam makanan Korea yang korang selalu tengok dekat drama tu, tapi masih sedap kalau makan dengan nasi, steak dan sos bulgogi tu. Rasa kimchi tu masam-masam pedas. Jadi yang lidah Melayu tu, boleh cuba.



Bagi penggemar pasta atau spaghetti, korang boleh cuba Kimchi Pasta ni. Tak ada rasa pelik tapi seriously sedap. Aku recommend yang ini kalau penggemar spaghetti atau pasta. Portion dia pun banyak dan pasti akan buat korang kenyang gila. Isi ayam pun banyak.. Aduhhh, aku dah terbayang dah kesedapan pasta ni. Nak kena repeat pergi sini.



Country Gogi Burger!!! Aku recommend jugak yang ini. Patty yang korang boleh pilih sama ada ayam, daging atau kambingyang tebal dan lembut gila. Aku rasa korang takkan muak makan patty ni sebab tak bertepung sangat macam patty-patty burger lain. Sesuai untuk bebudak jugak, tapi portion dia besar la untuk bebudak. Ada dua jenis sos, bulgogi mayo atau Kimchi mayo. Tapi aku cadangkan korang pilih bulgogi mayo tu. Sebab lebih sedap makan dengan burger dan lebih creamy gittew... Kiranya, sos dalam bekas tu habis aku makan, licin...hehehe... Lepas tu, roti burger tu sangat sedap dan lembut. Katanya itu bukan roti burger yang biasa, tapi special bun yang ditempah khas. Lembut macam donut walaupun bila dah sejuk.


menu atas ni adalah menu terakhir yang aku cuba, K-bibimbap set. Sebelah nasi tu macam daging cincang (korang boleh pilih sama ada ayam, daging atau kambing) goreng dan siput lala. Ada sos dan juga kimchi. Boleh tahan jugak hidangan ni. Confirm berbaloi kalau korang cuba.





NY Steak Shack ni dekat Sunway Velocity je ke? Eihhh..korang jangan risau, NY Steak Shack ni dah ada 8 cawangan di beberapa mall yang terkenal dekat Kuala Lumpur dan Selangor. Cawangan dorang ada di Mid Valley, Sunway Velocity, KL SOGO, Sunway Pyramid, 1Utama, Subang Parade, AEON Shah Alam dan IOI City Mall Putrajaya.

Harga? Bagi aku tak mahal pun harga kat sini untuk golongan yang bekerja. Masih mampu bayar lagi. Kalau rasa mahal, korang boleh datang sebulan sekali. Tapi aku pasti korang akan kerap datang sebab makanan dia sedap gila.

Korang boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram NY Steak Shack dekat link yang aku bagi tu. Atau kalau nak tempah, boleh telefon 037957 1118 atau 013 5118462.

06 Julai 2017

Grab VS Uber : Mana Lebih Murah




Bagi yang duduk di kawasan bandar yang selalu saja sesak sepanjang masa, ataupun bagi yang malas memandu, ataupun yang malas nak naik pengangkutan awam, pasti ramai yang akan memilih sama ada untuk naik Uber ataupun Grabcar. Dengan dua pilihan yang ada ni, ramai akan cari mana satu yang lebih murah.

Ada yang kata, Uber lagi murah, eihhh...tapi ada pulak yang kata Grab pun murah jugak. So aku pun cuba la buat survey sikit di Facebook dan respon yang aku dapat pun sangat membantu.

Dari komen-komen yang aku terima, ramai yang rasa Grab lebih berbaloi terutamanya masa waktu puncak which is balik kerja dan pergi kerja sebab kadar tambang yang dikenakan memang fix berbanding dengan Uber yang selalunya kadar tambang bergantung pada keadaan semasa.



Aku sendiri pun pernah compare harga kedua-dua ni bila nak bergerak bila aku malas nak merempit dan memang pun, bila waktu puncak, tambang Uber lagi mahal berbanding Grab. Tapi tak jauh beza pun, dalam lima enam ringgit ja.

Dan satu lagi, dari pemerhatian aku la kan, untuk jarak dekat, lebih baik guna Uber berbanding Grab, dan sebaliknya. Memang ada la perbezaan harga antara kedua-dua servis ni. Tapi sebagai pengguna, korang boleh pilih mana-mana mengikut keselesaan korang...

05 Julai 2017

Eihh...Dah Besar Dah..



Isnin lepas, anak buah aku yang sulung dah daftar masuk dekat sebuah politeknik di utara tanahair. Alhamdulillah. Cucu sulung dan anak buah sulung dalam keluarga kecil aku berjaya lanjutkan pelajaran lepas tamat SPM.

Alhamdulillah jugak, anak buah aku ni dapat kursus yang dia minat walaupun pada mulanya, dia pun macam tak berapa yakin nak dapat memandangkan panggilan pertama dia tak lepas. Tapi rezeki Allah tu tak kira masa, akhirnya dapat juga masuk ke politeknik untuk diploma.

Sebagai anak buah dan cucu sulung dalam keluarga aku, dia dah berjaya jadi contoh kepada sembilan lagi adik-adik (sepupu) dia yang lain untuk ikut jejak langkah dia melangkah masuk ke IPT. Dan apa yang lebih membanggakan, dia dah penuhi impian ibu dan abah dia (kakak dan abang ipar aku) melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah.



Aku pun tak percaya kejap ja masa berjalan. Rasa macam baru ja lagi aku dapat anak buah yang sulung. Tengok-tengok, eih...dah 10 dah anak buah aku. Insya Allah, akan bertambah sikit masa lagi.

Kepada semua anak-anak, paksu doakan semoga hangpa semua berjaya dunia akhirat. Banggakan semua orang yang sayangkan hangpa. Untuk Zulasyraf, belajaq elok-elok. Hang dah berjaya banggakan ibu dan abah. Jangan kecewakan ibu dan abah. Hang jadi contoh pada adik-adik yang lain. Goodluck Mat Dap

04 Julai 2017

Tak Payah La Nak Sentap Sangat

Dua tahun dah aku rasa, bila masuk bulan puasa atau dekat-dekat nak raya, mula la keluar atau jawapan balas terhadap soalan-soalan cepumas yang mungkin akan ditanya oleh orang yang dah berkahwin kepada orang bujang. Kalau tengok dekat Facebook atau Twitter, banyak je jawapan balas yang kadang macam sopan, kadang tu macam kurang ajar gila rasa...

Aku pun kadang-kadang share juga jawapan-jawapan tu... tapi tujuan aku berkongsi tu bukan sebagai guideline untuk korang ikut, sebaliknya sekadar hiburan semata-mata. Ini tak, ada yang anggap benda tu serius. 

Bagi aku, kalau seseorang tu berfikiran matang, dia tak akan jawab soalan-soalan cepumas tu dengan jawapan-jawapan yang menyakitkan hati. Adat orang tua untuk cari 'buah menyembang' dengan orang muda. Nak sembang pasal gadjet, dorang pun tak tahu sangat, nak sembang zaman perang Jepun, yang golongan muda ni tak minat nak tahu. Jadi lebih baik tanya keadaan masing-masing. Sekadar untuk memulakan menyembang.

Aku pjn bila raya dapat juga soalan-soalan bila nak kahwin, calon menantu la apa semua tu, tapi jawapan aku senang ja.. tunggu la dua tiga tahun lagi. Tak pun tanya dorang ada, dorang ada calon tak untuk aku (sambil gelak la)... tak ada la nak serius sangat pun.

Kepada orang yang anggap jawapan balas tu kurang ajar, satu ja la peringatan aku, tak perlu nak serius sangat. Kadang-kadang tu cuma jawapan dalam hati je. Bukannya nak jawab betul-betul pun. Yang sering ditanya tu pulak, jangan nak anggap serius sangat dengan soalan-soalan tu. Orang tua tu nak menyembang, bukannya nak busy body. So, tak perlu la nak sentap sangat...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...