16 November 2017

Cara-cara Nak 'Move On'


Bila putus kecewa ja,  masalah yang selalu seseorang tu nak hadapi adalah untuk 'move on'  dari kenangan lama.  Tak kira la apa kisah sebelum tu sekalipun,  bab nak move on tu paling susah nak lepas.  Tapi betul ke untuk 'move on' tu susah?

Memang masa awal-awal tu susah nak 'move on' tambah lagi bila kita dah terbiasa dengan keadaan tu untuk satu tempoh masa yang lama. Tak kira la dalam bercinta ke,  kerja ke atau apa keadaan sekalipun,  kalau kita terpaksa berpisah dengan keadaan yang kita dah biasa buat atau dengan orang yang kita pernah rapat,  bab 'move on' tu memang paling susah. 

Untuk 'move on' memang ambil masa untuk kita sesuaikan diri.  Aku pun pernah alaminya beberapa kali.  Dari hubungan sampai la ke bab kerja.  Memang mati kutu jugak la sementara nak biasakan diri.  Tapi 'move on',  aku sentiasa sibukkan diri dengan benda-benda baru atau taj terlalu menurut perasaan.  Iya la,  kalau mengikut sangat perasaan tu,  sampai ke sudah la aku susah nak 'move on'. 

Tak salah untuk mengingat apa yang pernah terjadi,  tambah lagi kalau benda tu menggembirakan kita. Tapi sampai bila kita nak terus mengingat benda yang lepas.  Sesekali teringat tu biasa la.  Lumrah manusia.  Cuma bila terlalu mengingat tu susah nak 'move on' sampai kita dah tak boleh nak buat satu benda pun. 

Aku tahu,  peringkat awal memang susah nak hadapi.  Memang akan sentiasa teringat ja sampai kadang-kadang terasa macam nak buat benda bodoh.  Tapi bila difikir balik,  buat apa nak buat benda bodoh sampai nak rosakkan diri? Buang masa dan tenaga. Hahahaha.... 

14 November 2017

Semuanya Tak Berhenti

To be honest,  hidup ni takkan berhenti dari bekerja dan belajar.  Tak kisah la sama ada kau makan gaji ke,  kerja sendiri ke,  part time student ke,  full time student ke,  semuanya takkan pernah berhenti sebab sekarang ni,  semuanya kena ada duit dan ilmu.

Macam aku sekarang ni,  aku buat tiga kerja untuk teruskan kehidupan aku. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah syarikat pembangunan hartanah,  driver Grabcar dan blogging.  Semuanya aku buat dalam satu masa dan Alhamdulillah,  buat masa ni tak ada lagi la yang clash antara satu sama lain. Aku masih boleh susun jadual aku elok-elok.  Kalau clash,  aku terpaksa lepaskan salah satu.  Nasib baik la part time job aku masih boleh diubah-ubah sikit.  Ikut kesesuaian masa aku.  Tapi kalau kerja yang Perhubungan Awam tu,  memang dah fix.  Kena ikut masa dan apa yang dah ditetapkan.  Mujurlah untuk blog,  kawan-kawan faham dan untuk Grabcar,  ikut masa aku sendiri. 

Sekarang ni kalau buat satu kerja,  susah sikit nak survive tambah lagi dengan kos hidup yang tinggi.  Kena la buat dua tiga kerja yang boleh dapat income sikit.  Tapi jujur,  untuk blogging,  lebih pada kepuasan aku untuk menulis.  Ada rezeki untuk job blogging,  aku terima.  Alhamdulillah. 

Ilmu? Memang takkan berhenti la kita belajar kan.  Tak kisah la sama ada secara formal atau tak formal.  Kadang-kadang bila jumpa dengan orang baru,  kita akan belajar benda baru.  Tak semestinya belajar dekat universiti atau kolej ja. 

Memang takkan pernah berhenti dua ni.  Pergi la ke ceruk dunia mana sekalipun,  tetap kena lalui kedua-duanya sebab ia takkan pernah berhenti.

13 November 2017

Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL32

Google
Selepas tiga minggu konsert Semi Final Muzik-Muzik ke 32, malam ni adalah keputusannya untuk tahu lagu yang layak ke peringkat akhir yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu ke 32 yang akan diadakan tahun depan. 

Senarai lagu yang berjaya ialah :

1. Sejati -  Faizal Tahir
2. Tergantung Sepi -  Haqiem Rusli
3. Jampi -  Hael Huzaini
4. Separuh Mati Ku Mencinta -  Dayang Nurfaizah
5. Amboi -  Altimet
6. Lebih Sempurna -  Syamel
7. Aku Yang Sebenar -  Hazama
8. Akhirnya Cinta -  Salma
9. Menahan Rindu -  Wany Hasrita
10. Erti Cinta -  Syamel &  Ernie
11. Bayang -  Khai Bahar 
12. Warkah Untukku -  Ara Johari

Macam mana? Ada lagu favorite korang tak dalam senarai tu? Well,  goodluck untuk semua peserta yang berjaya ke final ya. 

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...